SENYUM: RAHSIA TARIK REZEKI
Senyuman itu satu sedekah. Sedekah itu pula menjemput lebih banyak rezeki daripada Allah. Pemasaran yang paling mudah untuk dilakukan adalah dengan senyuman. Senyuman yang menawan dapat menjadi magnet tarikan pelanggan yang kuat. Apa yang berlaku apabila kita senyum? Selain daripada menceriakan suasana, kita sebenarnya mewujudkan tenaga positif dalam diri sendiri. Secara tidak langsung memberi kesan kepada pelanggan yang ingin berurusan dengan kita. Senyuman yang menawan akan membuatkan pelanggan rasa selesa untuk berkomunikasi. Dalam masa sama, ianya mendekatkan lagi peluang kita untuk mencipta satu urus niaga yang menguntungkan. Sekiranya anda sebagai peniaga online, jangan kedekut untuk gunakan icon-icon 😊😊senyum supaya ianya dapat melahirkan komunikasi yang lebih baik & positif. Kredit: Azizan Osman