BETULKAH KITA TIDAK MENGALAMI MASALAH JERAWAT APABILA MAKIN BERUMUR?
Kebanyakan antara kita mengalami masalah jerawat pada usia remaja. Ketidakstabilan hormon pada usia ini merupakan salah satu punca terbesar berlakunya jerawat.
Mengapa?
ketika anda remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. sebab itulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa.
Tapi, persoalannya, pada usia berapakah kita akan berhenti mengalami masalah jerawat ini? Sebenarnya umur bukan faktor kita tidak mengalami jerawat. orang yang berusia 50 tahun pun berisiko mengalami masalah jerawat. Jom kita memahami apa itu jerawat & apakah faktor-faktor yang mendorong berlakunya jerawat.
1. HORMON
Sebagaimana yang telah kami terangkan tadi, Hormon adalah salah satu punca berlakunya jerawat. Hormon yang tidak seimbang boleh mendorong berlakunya jerawat. Walaupun seseorang itu sudah berusia 30 tahun keatas & masih mengalami masalah hormon, dia akan tetap mengalamai masalah jerawat. Tetapi perkara ini agak jarang berlaku kerana apabila kita makin berusia, liang sebaceous (proses jerawat) yang dipengaruhi oleh hormon ini akan berkurangan.
2. MASALAH JANGKITAN BAKTERIA
Pada sel kulit muka kita, terdapat satu bakteria yang dikenali Propionibacterium acnes. Sumber makanannya ialah sebum & sel-sel mati. Kalau anda mengalami masalah jerawat yang teruk, mungkin kerana bakteria ini terlalu banyak pada sel kulit muka anda. Jadi, anda harus berhati-hati semasa menyentuh jerawat, kerana boleh menyebabkan jerawat ini berjangkit kebahagian lain.
3. PENGAMBILAN MAKANAN
Menurut pakar, masih belum ada bukti kukuh lagi yang membuktikan makan punca berlakunya jerawat. Namun begitu, harus kita tahu bahawa makanan mempunyai kesan langsung terhadap insulin & hormon pada badan kita. Jadi, seeloknya elak maknan yang berminyak & pedas. Makanan pedas selalu boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.
4. STRESS
Percaya atau tidak, selagi anda stress, selagi itulah jerawat yang akan keluar.
Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.
5. PENGGUNAAN KOSMETIK
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.
6. PEMAKAIAN PAKAIAN
Pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih.
Ramai yang berjaya atasi masalah jerawat dengan sabun muka jareffa.
Sabun muka Jareffa adalah sabun untuk penjagaan kulit muka yang diformulasikan daripada ekstrak madu kelulut, bee pollen, propolis & bahan-bahan semula jadi seperti minyak kelapa dara & limau kasturi. hasil responden yang kami terima dari pelanggan kami, 98% berjaya mengatasi masalah mereka & mereka sangat berpuas hati dengan sabun muka jareffa.
Untuk maklumat lanjut berkaitan sabun muka jareffa, anda boleh klik link dibawah:
http://www.wasap.my/+6019-9352936
http://www.wasap.my/+6019-9352936
http://www.wasap.my/+6019-9352936


Comments
Post a Comment